Home Berita Terkini ASEAN perlu satu suara dalam perkara berhubung ekonomi – Dr Mahathir

ASEAN perlu satu suara dalam perkara berhubung ekonomi – Dr Mahathir

BANGKOK, 2 Nov — Untuk ASEAN muncul sebagai pertubuhan yang lebih menonjol dan menegakkan kedudukannya sebagai satu kuasa ekonomi, ia perlulah berdiri teguh dan bercakap dalam satu suara terutama apabila berurusan dengan ekonomi besar lain di peringkat global, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata, adalah penting bagi kesemua 10 negara anggota ASEAN menyatukan seluruh kekuatan apabila mengadakan perundingan kerana ini akan memberi kelebihan kepada pertubuhan serantau ini berbanding jika mereka memasuki perbincangan yang seumpama secara negara individu.

“Jika anda mahu didengari, anda perlulah menjadi paling berkuasa, kuat atau paling kaya, kalau tidak tiada siapa mendengar anda. Jika kita berfungsi sebagai sebuah pertubuhan serantau, seperti ASEAN, kita mempunyai ramai orang untuk berdebat bagi memihak kepada kita dalam forum ini dan apabila kita lebih ramai, kita boleh hadiri semua mesyuarat dan menyatakan pandangan kita.

“Tetapi sekiranya kita bersendirian, jika Thailand pergi bersendirian, ia tidak akan sekuat 10 negara anggota ASEAN,” katanya semasa sesi dialog pada Persidangan Perniagaan dan Pelaburan ASEAN yang diadakan sempena dengan Persidangan ASEAN ke 35 di sini, hari ini.

Sesi itu yang diadakan pada Konvensyen dan Pameran IMPACT dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN, Arin Jira.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version