Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR, 29 Feb (Bernama) — Semasa kekalutan politik negara memasuki hari ke tujuh, hari ini menyaksikan satu lagi episod baharu terungkai, dengan Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau telah berjumpa dengan para pemimpin Pakatan Harapan (PH) pagi ini, dan percaya beliau telah memperoleh sokongan yang diperlukan di Dewan Raykat untuk membentuk satu kerajaan baharu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pagi ini, Dr Mahathir berkata beliau sedia untuk dilantik sebagai calon bagi jawatan Perdana Menteri ke lapan.

Satu kenyataan dari Majlis Presiden PH yang menyusul kemudiannya mengatakan bahawa Majlis Presiden memberikan sokongan penuh kepada Dr Mahathir sebagai calon untuk jawatan Perdana Menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here