PUTRAJAYA, 26 Mei (Bernama) — Sebanyak 187 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia hari ini, dengan sebahagian besarnya membabitkan individu bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan tujuh warganegara Malaysia dan tiga pemastautin tetap atau pasangan kepada warganegara Malaysia, manakala 177 kes, adalah penularan tempatan.

“Daripada 177 kes penularan tempatan, 173 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 155 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dan 13 kes daripada Kluster Pengawal Keselamatan Cheras.

“Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah empat kes sahaja,” katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here