PUTRAJAYA, 10 Jun — Jumlah kes positif baharu COVID-19 hari ini adalah paling rendah dicatatkan negara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan hanya dua kes dan tiada penularan dalam negara.

 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif terkini 8,338 kes dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 1,206 kes dan kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Daripada dua kes baharu yang dilaporkan itu, satu merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Satu lagi kes yang dicatatkan melibatkan bukan warganegara di mana kes ini dilaporkan di Kuching, Sarawak iaitu kes saringan kepada kontak rapat kes 8303,” katanya pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19 di sini, hari ini. 

Bagaimanapun Dr Noor Hisham berkata terdapat satu lagi kes kematian dicatatkan, menjadikan jumlah terkumpul 118 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

— BERNAMA 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here