Home Berita MCI Karnival Kerjaya Pandan 2020 tawar 500 peluang pekerjaan

Karnival Kerjaya Pandan 2020 tawar 500 peluang pekerjaan

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Program Karnival Kerjaya Pandan 2020 yang dianjurkan hari ini menawarkan kira-kira 500 peluang pekerjaan dalam usaha membantu sektor pekerjaan yang terjejas akibat COVID-19.

Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata karnival bimbingan kerjaya selama sehari itu diharap dapat membantu individu yang kehilangan pekerjaan membina semula kerjaya. 

“Harapan kami, karnival ini dapat menemukan mereka yang memerlukan pekerjaan dengan majikan yang mempunyai pekerjaan untuk ditawarkan,” katanya semasa merasmikan karnival itu hari ini. 

Beliau berkata karnival sehari tersebut menawarkan sesi temuduga, sesi taklimat bersama majikan, sesi panduan membuat resume berkualiti, khidmat nasihat perburuhan dan khidmat kaunseling serta pengurusan kewangan.

Katanya peserta yang hadir layak untuk menyertai dan mendaftar dengan Inisiatif Peduli Rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor. 

— BERNAMA

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version