Home Berita Lain PKPD di Kota Setar tengah malam ini

PKPD di Kota Setar tengah malam ini

PETALING JAYA,10 Sept: Kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di 28 mukim di Kedah mulai tengah malam ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat susulan peningkatan kes baharu Covid-19 yang berpunca daripada kluster Sungai dan Tawar.

Katanya PKPD pentadbiran akan bermula tengah malam ini hingga 25 September melibatkan lebih 300,000 penduduk.

“Mesyuarat memutuskan PKPD pentadbiran di Kota Setar dengan mengambil kira kes kluster Sungai ia selaras dengan cadangan menteri besar Kedah.

“PKPD pentadbiran akan berkuatkuasa jam 12.01 malam ini iaitu dari 11 September hingga 25 September melibatkan 28 mukim,” katanya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version