Home Berita Lain Hajiji mulakan tugas sebagai Ketua Menteri Sabah

Hajiji mulakan tugas sebagai Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU, 30 Sept (Bernama) — Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor memulakan tugas rasmi di pejabatnya di Jabatan Ketua Menteri Sabah (JKM), Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini pagi ini.

Hajiji yang mengenakan bush jacket coklat muda mengimbas jari sambil tersenyum kepada petugas media sebelum memasuki pejabatnya dan mengadakan perbincangan dengan pegawai JKM.

Beliau dijadual menghadiri beberapa pertemuan hari ini antaranya dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan selain beberapa mesyuarat dan perbincangan. 

Semalam, Hajiji, 65, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, pada istiadat di Istana Negeri Sabah. 

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, Sabtu lepas, apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN negeri ini.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version