Home Berita Lain Kurang 1% penumpang Qatar Airways dijangkiti Covid-19 semasa penerbangan – CEO

Kurang 1% penumpang Qatar Airways dijangkiti Covid-19 semasa penerbangan – CEO

DOHA, 22 Okt — Kurang satu peratus daripada lebih 4.6 juta penumpang yang menaiki penerbangan dengan Qatar Airways sejak Februari 2020 telah dijangkiti COVID-19, lapor agensi berita Sputnik.

“Statistik terbaharu menunjukkan dengan pelaksanaan langkah-langkah yang tepat, termasuk kebersihan yang baik di dalam pesawat dan di lapangan terbang, serta penjarakan sosial, ujian, perjalanan udara tidak perlu menjadi kebimbangan penumpang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan itu, Akbar Al Baker kepada wartawan.

“Jumlah yang dijangkiti COVID-19 sepanjang penerbangan sejak Februari, di antara lebih dari 4.6 juta penumpang, sangat kecil. Lebih daripada 99.988 peratus, dengan lebih 37,000 penerbangan ke destinasi adalah sihat,” katanya.

Syarikat penerbangan terkemuka di dunia, Qatar Airways meneruskan penerbangan ke beberapa destinasi semasa pandemik COVID-19. Ketika ini, ia mengendalikan penerbangan ke 100 destinasi.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version