BEIJING, 28 Okt — Sebanyak 10 bas elektrik buatan China mula digunakan di Singapura, semalam.

Difahamkan pada 2018 Land Transport Authority (LTA) Singapura membayar sejumlah SGD50 juta (RM 153.22juta) untuk membeli 60 bas elektrik.

Syarikat BYD China dan ST Engineering Singapura masing-masing memperoleh kontrak 20 bas elektrik setingkat, manakala syarikat kerjasama Kumpulan Yutong dan Nari Technology pula menerima kontrak 10 bas setingkat dan 10 bas dua tingkat.

Menurut laporan, 10 bas setingkat dikeluarkan Yutong mula beroperasi di Singapura pada April lalu, manakala lima bas setingkat keluaran BYD digunakan Julai lalu, dan selebihnya akan diserahkan serta beroperasi menjelang pertengahan 2021.

Selepas semua 60 bas elektrik beroperasi di negara itu, pelepasan karbon dijangka berkurangan sehingga 7840 tan setahun, bersamaan pelepasan 1,700 buah kereta biasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here