BEIJING, 24 Nov — Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) melaporkan jumlah gas karbon dioksida (CO2) di atmosfera menyaksikan peningkatan drastik pada 2019, dengan kepekatan mencecah 410 bahagian per juta (ppm).

Menurut buletin tahunan Gas Rumah Hijau WMO yang dikeluarkan pada Isnin, trend peningkatan gas rumah hijau buatan manusia itu dijangka berterusan pada tahun ini.

Setiausaha Agung WMO, Petteri Taalas memuji prestasi China yang menjadi peneraju dalam bidang pelaburan sektor tenaga boleh baharu.

“Pengumuman Beijing untuk menyasarkan neutral karbon menjelang 2060 adalah berita yang memberangsangkan,” kata beliau kepada Kumpulan Media China (CMG) pada sidang media secara maya semalam (Isnin).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sumbangan China terhadap penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau.

Selain sentiasa menjadi peneraju bidang pelaburan membabitkan tenaga boleh baharu, China juga merupakan negara eksport utama teknologi solar fotovolta (PV).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here