Home Berita Lain OECD: Aktiviti perdagangan China kembali pulih

OECD: Aktiviti perdagangan China kembali pulih

BEIJING, 27 Nov  — Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) memaklumkan China menjadi satu-satunya entiti ekonomi daripada Kumpulan 20 (G20) yang menyaksikan pemulihan aktiviti perdagangan.

Menurut statistik terkini dikeluarkan OECD semalam, eksport China dilihat kembali pulih dengan pertumbuhan 9.6 peratus bagi suku ketiga tahun ini, manakala import menokok 13.7 peratus, iaitu mencapai tahap sebelum berlakunya wabak COVID- 19.

Pertubuhan beribu pejabat di Paris, Perancis itu turut mengatakan, perdagangan komoditi antarabangsa anggota-anggota G20 telah menyaksikan lantunan semula pada suku ketiga setelah mengalami penguncupan mendadak pada suku kedua.

Untuk suku ketiga, OECD melaporkan eksport dan import bagi perdagangan komoditi antarabangsa anggota G20 masing-masing mencatatkan peningkatan 21.6 peratus dan 18.1 peratus.

Bagaimanapun, OECD berkata prestasi itu merudum jika dibandingkan dengan tempoh sebelum wabak, iaitu menyusut kira-kira lima peratus daripada suku keempat 2019.

— BERNAMA

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version