Kuala Lumpur 17 Januari — PERGERAKAN dari satu tempat ke tempat lain menyebabkan virus Covid-19 lebih mudah menular, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Kemudahan perjalanan menyebabkan orang yang sudah dijangkiti berjalan daripada satu tempat ke tempat lain,” katanya dalam temu bual bersama Astro Awani pagi ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas perbezaan antara pandemik Covid-19 dengan virus Nipah di Malaysia.

Virus Nipah bawaan kelawar merebak di negara ini dari September 1998 hingga Mei 1999. Seramai 265 orang dijangkiti virus berkenaan dengan 105 kematian.

Berbeza dengan Covid-19, virus itu sehingga kini telah menjangkiti lebih 150,000 orang di Malaysia, makala 504 orang maut. Sejak Oktober lalu angka harian jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah empat digit.

Dr Mahathir berkata rakyat boleh mengurangkan risiko jangkitan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  ketat.

“Kalau kita patuh kepada SOP dan jauhkan diri daripada orang yang sakit kita tak akan dijangkiti.

“Setakat ini saya dapat elak, saya ambil ujian (saringan) dengan kerap. iaitu semasa Parlimen bersidang umpamanya.

“Semasa Parlimen bersidang umpamanya tiap-tiap dua minggu kita uji balik nak tahu sama ada saya dijangkiti atau tidak. 

“Macam dalam Parlimen, di Parlimen kita ada 222 orang tapi kita pisah diri kita, ada hadang dengan plastik dan sebagainya. 

“Jadi tidak ada orang kena jangkit kerana pergi ke Parlimen. Kalau mereka dapat penyakit pun itu kerana mereka dapat di tempat lain,” jelas ahli Parlimen itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here