JOHOR BAHRU, 6 Feb — Polis Johor sehingga kini telah menerima 16 laporan daripada pelbagai pihak berhubung penerbitan buku berbentuk memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, sejak isu berkenaan mula mendapat perhatian ramai beberapa hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi Bernama memberitahu susulan laporan berkenaan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

Thomas yang menjadi Peguam Negara dari Jun 2018 hingga Feb tahun lepas mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mempertikai bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang didakwa mereka antaranya mengandungi pelbagai fakta tidak betul, menghina, malah menfitnah.

Pelbagai pihak telah membuat laporan polis berhubung kandungan buku itu, antaranya ialah pergerakan Pemuda UMNO Johor yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, petang ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here