KANGAR, 27 Feb — Jumlah tenaga kerja dalam bidang perubatan, yakni para doktor dan pakar-pakar perubatan, perlu ditingkatkan bagi menangani pandemik COVID-19 dalam negara, kata Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

“Tekanan terhadap sistem penjagaan kesihatan menyedarkan kita supaya menyediakan jumlah doktor yang banyak bagi memenuhi keperluan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi webinar bertajuk Forward Malaysia: Charting New Paths to the Next Normal, anjuran Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed) hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin berkata pandemik COVID-19 menyedarkan kita bahawa penekanan terhadap kepentingan persediaan hari ini adalah penting dalam menangani masalah akan datang.

Sementara itu beliau berkata Perubatan Am atau Perubatan Dalaman Maju dan Akut (AAIM) di Malaysia, dan lain-lain negara seperti United Kingdom dan Australia banyak terdedah dalam aspek berkenaan sejak beberapa tahun lepas.

“Kita ada kelebihan, kita boleh pelajari daripada pengalaman sistem penjagaan kesihatan di negara-negara ini, Walaupun mereka mungkin memiliki jumlah populasi yang berbeza, namun dalam banyak aspek dapat kita lihat ada persamaan antara negara kita dan mereka,” katanya.

Beliau berkata selaras dengan perubahan landskap COVID-10 hari ini, Malaysian Advanced Acute Internal Medicine and Ultra Sound Society atau MAAMUSS buat pertama kali memperkenalkan satu kursus baharu ‘ultrasound dan echocardiography’ yang unik secara dalam talian.

Menurutnya ia menggabungkan pengajaran secara dalam talian dalam bentuk webinar interaktif (seminar dalam talian) dan latihan secara langsung oleh penyelia tempatan yang terlatih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here