Home Berita Lain Helikopter terhempas, lima individu selamat

Helikopter terhempas, lima individu selamat

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Sebuah helikopter jenis Airbus H125 terhempas dalam kejadian di dalam kawasan Lapangan Terbang Subang pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Lima individu dalam helikopter itu termasuk seorang juruterbang dan penolong juruterbang terselamat dalam kejadian itu, dengan seorang mengalami kecederaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.47 pagi tadi dan segera ke lokasi kejadian.

“Tiada kebakaran dikesan pada helikopter itu dan kesemua mangsa dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi.

Norazam berkata, seorang mangsa patah kaki dan cedera di kepala manakala empat yang lain tidak mengalami kecederaan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version