PUTRAJAYA, 18 April  — Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah mengemukakan permohonanan agar pengamal media diberikan keutamaan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau telah meminta agar suntikan vaksin COVID-19 kepada pengamal media disegerakan kerana media juga adalah petugas barisan hadapan.

“Saya tangguhkan (suntikan) vaksin sebab ingin terima vaksin bersama-sama media. Bila saya dapat, media dapat dalam fasa kedua. Insya-Allah…kita telah minta supaya disegerakan sebab media juga frontliner (petugas barisan hadapan),” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang memberi keutamaan kepada warga emas, Orang Kurang Upaya dan golongan berpenyakit kronik akan bermula esok di lapan negeri iaitu Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here