YARKANT, 17 April  — Wartawan Kumpulan Media China (CMG) yang membuat liputan di kaunti Yarkant (Shache), Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dipelawa bertandang ke rumah penduduk Muslim tempatan untuk bersama merasai suasana kemeriahan Ramadan.

Abitijan Sali, 52, pemilik kedai pakaian, bersyukur dapat menjalani ibadah puasa sambil menguruskan perniagaannya setiap hari.

“Saya sibuk sikit jika ada banyak pelanggan. Setiap malam, saya menyiapkan stok baju  lebih awal, sambil membersihkan kedai. Kadangkala saya balik rumah yang terletak tidak jauh dari kedai untuk berehat sebentar,” kata Sali.

Setiap kali masuk waktu solat beliau akan ke Masjid Altun, masjid bersejarah yang telah berusia lebih 480 tahun.

Apabila tiba waktu berbuka pelbagai juadah enak dihidang  di atas meja di rumah Sali seperti buah-buahan kering, pencuci mulut serta mi, pau panggang dan nasi pilau.

Tatkala malam menjelma, jalan budaya Kazanqi iaitu pasar malam terbesar di Yarkant dipenuhi kemeriahan.

Pengunjung menikmati keenakan pelbagai jenis makanan istimewa Xinjiang di pasar yang dibuka sehingga pukul 12 malam itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here