BEIJING, 18 April — Sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) dijadual berlangsung di wilayah Hainan, China bermula hari ini hingga Rabu depan. 

Bertemakan “Dunia dalam Perubahan: Gabung Tenaga Perkasa Tadbir Urus Global dan Pacu Kerjasama Jalur dan Laluan”, sidang tahunan itu dihadiri lebih 4,000 peserta termasuk pemimpin dan pegawai kanan pelbagai negara serta ketua pertubuhan antarabangsa. 

Enam agenda utama sudah diatur iaitu menumpukan pembangunan China, kerjasama Jalur dan Laluan, trend pembangunan Asia, transformasi perindustrian, teknologi baharu dan perkongsian pembangunan.

Agenda berkaitan pembangunan China dan kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) ditawarkan bagi memenuhi keperluan pelbagai negara untuk lebih mengenali dan mendalami China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here