Home Berita MCI Pertemuan pemimpin ASEAN berjaya dalam usaha tangani krisis Myanmar – PM Muhyiddin

Pertemuan pemimpin ASEAN berjaya dalam usaha tangani krisis Myanmar – PM Muhyiddin

JAKARTA,  24 April — Pertemuan Pemimpin-pemimpin ASEAN yang baru berakhir, menyaksikan kejayaan dalam usaha untuk menangani krisis di Myanmar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita telah berjaya. Di luar jangkaan dalam mendapatkan sebarang hasil mesyuarat hari ini,” kata perdana menteri.

ASEAN terlibat secara konstruktif dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dari Myanmar, ketua junta, dalam pertemuan yang diadakan di Sekretariat ASEAN, di sini pada Sabtu.

Muhyiddin berkata Myanmar menerima ketiga-tiga usul yang dikemukakan Malaysia dalam menangani krisis tersebut.

Usul pertama ialah perlu meredakan ketegangan di lapangan dan menghentikan pembunuhan serta kekejaman terhadap orang awam.

Bagi usul kedua, negara itu perlu membebaskan tahanan politik serta-merta tanpa syarat manakala bagi usul ketiga pula memberi akses kepada Pengerusi dan Setiausaha Agung ASEAN ke Myanmar termasuk akses kepada semua pihak yang berkenaan. 

“Myanmar memberikan maklum balas yang baik dan tidak menolak ketiga-tiga cadangan Malaysia,” kata Muhyiddin.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version