JIUQUAN, 16 Jun  — China akan melancarkan kapal angkasa pembawa angkasawan Shenzhou-12 tepat pukul 9.22 pagi Khamis

Penolong Ketua Pengarah Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA), Ji Qiming dalam satu sidang akhbar pada Rabu memaklumkan, misi tersebut akan dijalankan oleh angkasawan Nie Haisheng, Liu Boming dan Tang Hongbo.

Menurut Ji, kapal angkasa tersebut akan dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan yang terletak di barat laut China dengan roket pembawa Long March-2F Y12.

Misi angkasa lepas Shenzhou-12 kali ini turut disifatkan sebagai projek penerbangan angkasa lepas yang membawa angkasawan pertama semasa pembinaan Stesen Angkasa Lepas China bertujuan menguji teknologi penting  berkenaan pembinaan dan pengoperasian stesen angkasa lepas.

Ia termasuk penginapan angkasawan di angkasa lepas dalam jangka masa panjang, sistem sokongan hidup dan kitar semula, bekalan bahan keperluan di angkasa lepas, aktiviti dan operasi di luar kabin kapal angkasa lepas serta usaha penyelenggaraan dalam orbit.

Tiga angkasawan tersebut dijadual menjalankan misi di modul teras stesen angkasa Tianhe selama tiga bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here