Home Berita Lain 375,842 dos suntikan vaksin diberikan semalam

375,842 dos suntikan vaksin diberikan semalam

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Sebanyak 375,842 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam, menjadikan ia jumlah tertinggi diberi dalam sehari setakat ini.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 168,047 adalah dos kedua.

Dr Adham turut memberitahu lima negeri tertinggi yang mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua semalam ialah Selangor dengan 80,609 orang, disusuli Sarawak (72,971), Kuala Lumpur (55,952), Negeri Sembilan (22,869) dan Johor (22,861).

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version