Home Berita Lain Lebih 14 juta dos vaksin COVID-19 diberikan sehingga semalam

Lebih 14 juta dos vaksin COVID-19 diberikan sehingga semalam

KUALA LUMPUR, 18 Julai — Jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan sejak 24 Feb, kini melebihi 14 juta iaitu 14,002,324 dos setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin COVID-19 di Twitter memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 9,570,974 individu menerima dos pertama manakala 4,431,350 orang telah melengkapkan dos kedua. 

Semalam sahaja sebanyak 380,440 dos suntikan COVID-19 diberikan membabitkan 253,830 individu menerima dos pertama dan 126,610 lagi, lengkap dos kedua.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version