GEORGE TOWN, 21 Julai (Bernama) — Seorang usahawan mengambil inisiatif dengan mengagihkan kira-kira 900kg daging lembu dan kambing korban kepada 100 fakir miskin dan asnaf sempena sambutan Hari Raya Aidiladha menerusi Program Korban Tanda Cinta. Hajamydin Shahul Hamid, 51, berkata selain mengagihkan daging korban, beliau dan pasukannya yang dikenali sebagai Shajara turut memberi sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, roti serta makanan kering kepada golongan memerlukan dalam menghadapi tempoh sukar pandemik COVID-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here