KEPALA BATAS, 1 Sept (Bernama) — “Saya masih ingat ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyeru penduduk Kampung Guar Kepah dan penduduk kampung terdekat semasa pembukaan Jambatan Merdeka agar tidak perlu lagi bimbang dengan penjajah kerana kita telah mencapai kemerdekaan,” luah Salleh Din, 90, generasi pertama yang menyaksikan pembukaan Jambatan Merdeka, pada  tahun 1957  di sini. Ucapan penuh bersemangat Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman ketika itu memberi makna cukup besar khususnya penduduk kampung yang pernah merasai kekejaman penjajah terutamanya semasa zaman pendudukan Jepun pada tahun 1941.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here