SEPANG, 20 Sept — Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah membuka fasiliti pemeriksaan kesihatan COVID-19 swasta di lapan lokasi di Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Sebanyak lima daripada kemudahan ujian tersebut terletak di KLIA dan tiga lagi di KLIA2, ia menyediakan kit ujian pantas (RTK) COVID-19, tindak balas rantai polimerase molekul cepat (PCR) dan keputusan PCR transkripsi terbalik (RT-PCR) masing-masing dalam tempoh 15 minit, satu jam dan tiga jam, yang memendekkan masa menunggu penumpang.

“Lapan fasiliti ini akan mula beroperasi secara berperingkat, yang pertama terletak di Gate G1, Terminal Utama KLIA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kemudahan pemeriksaan kesihatan di kedua-dua terminal ini mampu menampung sekitar 45,000 penumpang setiap hari.

Pengerusi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata fasiliti baharu ini bertujuan memastikan standard perkhidmatan tertinggi dikekalkan sejajar dengan piawaian perjalanan hari ini.

“MAHB berharap dapat mengembalikan keyakinan penumpang yang terbang melalui lapangan terbang kami dengan meningkatkan tahap keselesaan dan kemudahan sepanjang perjalanan mereka.

“Kami telah menggunakan khidmat BP Clinical Lab untuk menjalankan pusat pemeriksaan kesihatan tersebut seperti yang telah disetujui oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Beliau menjelaskan dengan gelembung perjalanan domestik Langkawi yang baru dilaksanakan oleh kerajaan pada minggu lepas, kumpulan itu mengharapkan agar sekatan perjalanan antarabangsa dapat dilonggarkan dalam masa terdekat.

“Kemudahan penyaringan COVID-19 swasta pasti akan memudahkan amalan perjalanan yang selamat yang membabitkan trafik penumpang yang lebih tinggi apabila perjalanan disambung semula,” katanya.

Perkhidmatan di kemudahan baharu ini disediakan secara percuma, dan kos bagi setiap penumpang adalah antara RM90 hingga RM370 untuk rakyat Malaysia serta RM120 hingga RM470 untuk warganegara asing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here