JOHOR BAHRU, 25 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan kerja ke Johor dengan menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, pagi tadi.

Ini merupakan kali pertama beliau turun ke Johor sebagai Perdana Menteri selepas dilantik pada 21 Ogos lepas.

Beliau tiba di istana berkenaan pada pukul 11.44 pagi tadi, dengan diiringi Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad.

Ahli Parlimen Bera itu turut diraikan dalam majlis santapan tengah hari bersama baginda, meluangkan masa kira-kira sejam pada kunjungan rasmi pertama tersebut.

Selepas pertemuan itu, beliau mendengar taklimat pembangunan negeri oleh kerajaan negeri Johor secara tertutup di sebuah hotel di sini.

Ismail Sabri juga dijadualkan bertemu pemimpin masyarakat dalam satu majlis tertutup di hotel yang sama selepas itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here