KOTA KINABALU, 25 Sept (Bernama) — Pengurusan Sabah FC tidak meletakkan sebarang sasaran piala atau kedudukan liga, sebaliknya mahu pasukan The Rhinos itu diperkukuhkan supaya mampu bersaing dengan pasukan lain dalam Liga Super dan di peringkat lebih tinggi, kata ketua jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee. Kim Swee berkata hasil perbincangannya dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan pengurusan Sabah FC, usaha mengukuhkan pasukan itu lebih terarah kepada mempersiapkan skuad Sabah FC menghadapi saingan Liga Super musim depan dengan pelbagai perancangan. https://www.bernama.com/bm/sukan/news…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here