Home Berita MCI BNM, semua bank di Kuala Lumpur beroperasi seperti biasa esok – BNM

BNM, semua bank di Kuala Lumpur beroperasi seperti biasa esok – BNM

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Bank Negara Malaysia (BNM) dan semua bank termasuk cawangan-cawangannya di Kuala Lumpur akan dibuka dan beroperasi seperti biasa esok.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata sehubungan itu, urus niaga pasaran kewangan dalam pasaran pertukaran asing, pasaran wang dan pasaran bon melalui kaunter akan terus beroperasi.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengumumkan Jumaat diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan di Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan susulan pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC merangkul kejuaraan Piala Malaysia.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version