Home Berita MCI Presiden Pakistan: Pilihan Raya Di Wilayah Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa

Presiden Pakistan: Pilihan Raya Di Wilayah Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa

NEW DELHI, 20 Feb – Presiden Pakistan Arif Alvi mengumumkan pilihan raya baharu untuk wilayah Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa diadakan pada 9 April selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil sikap berlengah dan menolak pelawaan untuk membincangkan tarikh pengundian.

Pilihan raya perlu dijalankan selepas kerajaan Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa yang sebelum ini dikawal oleh parti Tehreek-e-Insaf (PTI) pimpinan bekas perdana menteri Imran Khan, membubarkan dewan undangan pada bulan lepas sebelum tamat tempoh penggal lima tahun. 

“Gabenor Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa tidak melaksanakan tugas mengikut perlembagaan untuk menetapkan tarikh yang tidak lewat daripada 90 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri mengikut Perlembagaan Pakistan. Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) juga tidak berbuat demikian,” menurut pejabat presiden Pakistan dalam surat yang ditujukan kepada ketua ECP Sikander Sultan Raja pada Isnin.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version