KULAI, 28 Mei – Kerajaan negeri Johor terus komited memastikan trafik lancar di dua lintasan darat antara Johor dan Singapura.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata masalah kesesakan Tambak Johor di Johor Bahru dan Linkedua, Iskandar Puteri, telah berlarutan sejak berpuluh tahun lamanya dan perlu diselesaikan segera.

“Ia adalah isu yang sangat penting, ia isu warisan dan berlarutan sejak dua hingga tiga dekad lepas. Sebagai Menteri Besar Johor yang baharu, objektif saya adalah untuk memastikan isu ini selesai tahun ini.

“Sebab itu ramai rakyat Johor, mereka sering kali dapat lihat saya di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar, serta Kompleks Sultan Abu Bakar pada pukul 5 pagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian kilang pembuatan pertama JStar Motion Sdn Bhd di Asean, di i-Park@Indahpura, di sini hari ini.

Beliau berkata ada banyak perkara lain yang juga cuba diselesaikan oleh kerajaan negeri, termasuk menambah baik jalan raya di Johor.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan meluluskan kira-kira RM500 juta untuk fasa satu, untuk melebarkan Lebuhraya Utara-Selatan.

“Baru-baru ini, pihak kerajaan negeri telah berjumpa dengan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, yang meluluskan dana tambahan RM40 juta untuk jalan raya di Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here