KUALA LUMPUR, 28 Mei – Kerajaan tidak mempunyai pilihan selain mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), supaya projek berkenaan dapat diselesaikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia berikutan kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek LCS.

“Ada projek yang on-going yang mesti kita (kerajaan) selesaikan termasuk LCS. Kita tiada pilihan, dah belanja RM6 bilion. Kita tidak boleh tutup, kita kena ambil alih untuk menyelesaikan projek,” katanya.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa Kementerian Kewangan telah menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek LCS iaitu BNS, sebagai anak syarikat kepada MOF. 

Bagaimanapun Anwar berkata kerajaan akan mengeluarkan kenyataan lengkap berhubung pengambilalihan syarikat itu.

Sebelum ini pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan tiada seunit pun telah disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6.083 bilion menerusi BNS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here