LONDON, 28 Mei – Kegagalan sistem e-gate pasport di beberapa lapangan terbang di Britain menyebabkan penumpang yang tiba di negara itu terpaksa menunggu lama.

Penumpang mengadu terpaksa menunggu beberapa jam di beberapa lapangan terbang termasuk Heathrow dan Gatwick apabila pasport mereka perlu disemak secara manual.

Jurucakap Lapangan Terbang Gatwick berkata masalah itu bermula pada petang Jumaat.

Beliau berkata sesetengah penumpang mungkin mengalami kelewatan di Imigresen disebabkan masalah itu. 

“Isu ini memberi kesan kepada beberapa pintu masuk ke negara itu dan bukan hanya di Heathrow,” menurut akaun Twitter Lapangan Terbang Heathrow. 

“Pasukan kami bekerjasama rapat dengan Pasukan Sempadan untuk membantu menyelesaikan masalah secepat mungkin termasuk menempatkan pekerja tambahan. Kami memohon maaf atas sebarang masalah yang dihadapi oleh perjalanan penumpang.”

Sistem e-gate dibuka untuk warga Britain berumur lebih 12 tahun dan penumpang dari Kesatuan Eropah, dan dari beberapa negara lain termasuk Australia, Kanada, Amerika Syarikat (AS), Jepun dan New Zealand.

Ekoran masalah itu, British Airways terpaksa membatalkan 175 penerbangan pada Khamis dan Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here