Home Berita MCI Ahmad Zahid Rasmi Pembukaan Jambatan Bagan Datuk

Ahmad Zahid Rasmi Pembukaan Jambatan Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 1 Jun – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan pembukaan Jambatan Bagan Datuk melibatkan laluan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop, di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyempurnakan majlis dengan pelepasan kumpulan penunggang basikal dan motosikal berkuasa besar di jambatan itu, 9.40 pagi ini. 

Terdahulu, Ahmad Zahid melancarkan laluan baharu bas henti-henti Bas Ekspres MARA Liner Sdn. Bhd. (MLSB) (Laluan Bagan Datuk) di pekarangan Masjid Tuminah Hamidi di sini.  

Sebelum ini dilaporkan, jambatan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer itu yang menghubungkan kawasan Parlimen Pasir Salak dan Bagan Datuk akan menjimatkan masa penduduk untuk ke pekan berdekatan iaitu mengambil masa hanya 15 minit berbanding sejam menggunakan laluan sebelum ini.

Justeru, jambatan menyeberangi Sungai Perak itu dilihat dapat membantu pembangunan ekonomi kedua-dua kawasan berkenaan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version