Home Berita MCI 2,421 Kes Demam Denggi Direkodkan Pada ME 28

2,421 Kes Demam Denggi Direkodkan Pada ME 28

PUTRAJAYA, 29 Julai – Sebanyak 2,421 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 28 iaitu dari 9 Julai hingga 15 Julai, menurun sebanyak 67 kes atau 2.7 peratus berbanding 2,488 kes pada minggu sebelumnya. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiga kematian akibat komplikasi demam denggi juga direkodkan pada ME 28. 

Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini adalah sebanyak 63,966 kes berbanding 27,914 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 36,052 kes atau 129.2 peratus. 

“Sejumlah 45 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan sehingga kini berbanding 19 kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata lokaliti hotspot pada minggu ini dan minggu sebelumnya adalah sama iaitu 112 lokaliti dengan 76 lokaliti berada di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (21), Kedah (enam), Pulau Pinang (tiga), Perlis (dua), Sabah (dua) dan masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Melaka.

Dr Muhammad Radzi berkata survelan chikungunya merekodkan tiga kes pada ME 28 menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya ialah 142 kes, manakala bagi survelan zika, sebanyak 1,638 sampel darah dan 100 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan kesemuanya adalah negatif.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version