Home Berita Lain Malaysia Airlines Tawar Diskaun Tambang 20 Peratus

Malaysia Airlines Tawar Diskaun Tambang 20 Peratus

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Malaysia Airlines mempelawa pelancong untuk menempah percutian ke destinasi impian mereka dengan diskaun sehingga 20 peratus untuk tambang ke destinasi domestik dan antarabangsa, boleh didapati mulai sekarang hingga 10 Ogos 2023 untuk perjalanan segera sehingga 15 Dis 2023.

Menurut Malaysia Airlines dalam kenyataan hari ini, destinasi domestik bermula daripada RM89 melalui tambang Economy Lite syarikat penerbangan itu, yang disertakan dengan elaun bagasi kabin seberat tujuh kilogram (kg), snek atau makanan dan minuman percuma serta hiburan dalam penerbangan.

“Bagi mereka yang ingin meneroka destinasi antarabangsa, nikmati tambang termasuk semua sehala bermula daripada hanya RM249 untuk Economy Basic.

“Tambang Economy Basic termasuk elaun bagasi daftar masuk 20kg percuma, elaun bagasi kabin tujuh kg, snek atau makanan dan minuman percuma serta hiburan dalam penerbangan,” katanya.

Mereka yang ingin melancong boleh menempah percutian impian mereka dengan kemudahan laman web rasmi Malaysia Airlines dan aplikasinya, menurut syarikat penerbangan itu.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version