Home Berita Lain MyHSR Lanjut Pembelian Dokumen RFI HSR KL-Singapura Sehingga 15 Nov

MyHSR Lanjut Pembelian Dokumen RFI HSR KL-Singapura Sehingga 15 Nov

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Pembelian dokumen Permintaan Maklumat (RFI) projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura telah dilanjutkan sepanjang peringkat cadangan konsep sehingga 15 Nov 2023 berikutan maklum balas dan permintaan yang menggalakkan daripada penggiat industri.

MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR) berkata syarikat dan konsortium yang berminat boleh membeli dokumen RFI bermula hari ini sehingga 15 Nov, iaitu tarikh akhir bagi penyerahan cadangan konsep bagi projek itu.

“Setakat ini, hampir 30 syarikat tempatan dan antarabangsa telah mendaftar untuk membeli dokumen RFI,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MyHSR berkata lebih daripada 700 peserta tempatan dan asing, mewakili pelbagai pihak berkaitan projek HSR telah menghadiri taklimat RFI HSR KL-Singapura di Kementerian Kewangan, Putrajaya semalam.

“Selain syarikat tempatan, taklimat RFI itu turut disertai oleh wakil penggiat industri dari United Kingdom, Sepanyol, Jerman, Netherlands, Australia, China, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Thailand dan Singapura,” katanya.

Maklumat berkenaan pelaksanaan RFI dan tempahan bagi dokumen itu boleh dilayari di laman web MyHSR https://www.myhsr.com.my/rfi.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version