Home Berita Lain Kerajaan Perak Kerjasama Dengan ROS Pantau Dana NGO, Pastikan Tidak Diseleweng

Kerajaan Perak Kerjasama Dengan ROS Pantau Dana NGO, Pastikan Tidak Diseleweng

TAIPING, 9 Sept – Kerajaan negeri Perak akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi memastikan dana yang disalurkan kepada mana-mana Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri ini tidak disalah guna untuk tujuan peribadi.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi berkata mana-mana NGO yang tidak menghantar penyata tahunan mereka kepada ROS akan dikenakan tindakan tegas, termasuk digantung pendaftarannya.

“Kita bersikap tegas dalam hal ini kerana tidak mahu ada dana awam untuk kepentingan rakyat diseleweng untuk tujuan yang tidak sepatutnya,” katanya.

Mengulas mengenai program pertandingan malam ini Azlan berkata ia merupakan antara pendekatan yang dilihat mampu mencungkil bakat-bakat baru khusus dalam bidang seni, dan pihaknya akan terus bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Negeri Perak bagi memperluaskan penganjuran program itu.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version