Home Berita MCI Aliran Trafik Di Lebuh Raya Lancar Pagi Ini

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Lancar Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang dilaporkan lancar dan terkawal setakat 10 pagi ini, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Jurucakap LLM ketika dihubungi Bernama berkata kesesakan hanya berlaku sepanjang dua kilometer di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Senawang ke Port Dickson akibat aliran trafik tinggi.

“Bagi laluan lain dari utara, pantai timur dan selatan menuju ke Lembah Klang dalam keadaan terkawal dan tiada kesesakan luar biasa berlaku. Begitu juga bagi laluan keluar dari Lembah Klang,” katanya.

Menurut jurucakap itu trafik dijangka meningkat pada sebelah petang ini berikutan warga Lembah Klang mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti perayaan Deepavali.

Beliau turut menasihatkan pengguna lebuh raya untuk mematuhi cadangan waktu perjalanan yang dikeluarkan untuk mengelak sebarang kesesakan teruk.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version