Home Berita MCI Persekolahan di Kawasan Gempa di Qinghai Disambung Semula

Persekolahan di Kawasan Gempa di Qinghai Disambung Semula

BEIJING, 26 Dis – Menurut maklumat dari Jabatan Pendidikan Provinsi Qinghai, setakat Isnin lalu, persekolahan di kawasan yang terjejas gempa bumi di tiga kaunti di bandar Haidong, provinsi Qinghai telah disambung semula.

Antaranya, sebanyak 355 sekolah rendah dan menengah telah dibuka semula, yang melibatkan seramai 118,600 pelajar. Selebihnya 16 sekolah rendah dan menengah telah memulihkan pembelajaran secara dalam talian yang melibatkan 7,700 pelajar.

Menurut rancangan, pihak-pihak berkuasa tempatan akan meningkatkan pengaturan dan panduan, mengambil langkah peralihan seperti membina rumah pasangg siap supaya semua pelajar dapat kembali ke sekolah menjelang akhir bulan ini.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version