Home Berita MCI CNSA: Misi Satelit Geganti Queqiao-2 Berjaya

CNSA: Misi Satelit Geganti Queqiao-2 Berjaya

BEIJING, 12 April – Satelit geganti Queqiao-2 berjaya menyempurnakan ujian komunikasi dalam orbit, umum Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA) pada Jumaat.

Hasil penilaian mendapati platform dan muatan satelit geganti itu beroperasi seperti biasa. 

Fungsi dan prestasinya memenuhi keperluan misi. Ia mampu menawarkan perkhidmatan komunikasi geganti untuk fasa keempat projek penerokaan Bulan serta misi eksplorasi Bulan seterusnya di dalam dan luar negeri.

Queqiao-2 yang dibawa roket Long March-8 Y3 berjaya dilancarkan dari Tapak Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang di provinsi Hainan pada 20 Mac.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version