Home Berita MCI Wang Yi Bakal Lawat Indonesia, Kemboja dan Papua New Guinea

Wang Yi Bakal Lawat Indonesia, Kemboja dan Papua New Guinea

BEIJING, 18 April – Menteri Luar China, Wang Yi dijadualkan mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia, Kemboja dan Papua New Guinea pada 18 hingga 23 April, sekaligus mempengerusikan Mesyuarat Mekanisme Dialog dan Kerjasama Peringkat Tinggi China-Indonesia Keempat dan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras antara Kerajaan China-Kemboja Ketujuh.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada sidang media semalam.

Menurut beliau, China bersedia bersama dengan tiga negara serantau tersebut, memperkukuh solidariti dan kerjasama, memelihara kedamaian dan ketenteraman, serta giat memberi sumbangan kepada pembangunan sejagat dalam suasana damai dan stabil.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version