Home Berita Lain Biden Tandatangani Rang Undang-Undang Bantu Ukraine dan Israel

Biden Tandatangani Rang Undang-Undang Bantu Ukraine dan Israel

BEIJING, 26 April – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyatakan bahawa beliau telah menandatangani satu rang undang-undang mengenai bantuan kepada luar negara yang bernilai USD95 bilion (RM454 bilion) pada Rabu waktu tempatan. 

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih pada hari yang sama, selepas Biden menandatangani rang undang-undang itu, AS bermandat memulakan penghantaran senjata dan peralatan ke Ukraine pada minggu ini.

Difahamkan rang undang-undang itu membabitkan bantuan yang bernilai USD60 bilion (RM287 bilion) lebih kepada Ukraine dan bantuan yang bernilai USD26 bilion (RM124 bilion) kepada Israel. 

Dalam pada itu, rang undang-undang tersebut juga merangkumi peruntukan tentang membuat penjelasan terhadap aset Rusia yang ditahan dan memindahkannya ke Ukraine.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version