Home Berita Lain PM Li: Pasaran China Sentiasa Terbuka kepada Firma Asing

PM Li: Pasaran China Sentiasa Terbuka kepada Firma Asing

BEIJING, 29 April – Perdana Menteri China Li Qiang berjanji bahawa pasaran China akan sentiasa terbuka kepada firma asing.

Janji itu dibuat beliau semasa pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk di Beijing pada Ahad.

Li menyifatkan pembangunan Tesla di China sebagai contoh baik kolaborasi perdagangan China-Amerika Syarikat (AS).

Dibuktikan bahawa kerjasama yang menampilkan kesamarataan dan kesalinguntungan selaras dengan kepentingan asas kedua-dua negara, tambah PM itu.

“Seperti dijanji, kami (China) akan terus mempergiat usaha dalam meluaskan akses pasaran dan meningkatkan lagi perkhidmatan untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif dan menyediakan sokongan yang lebih kukuh kepada syarikat asing,” kata beliau.

Sementara itu, Musk berkata kilang Tesla bersaiz giga di Shanghai merupakan antara kilang berprestasi terbaik syarikat pengeluar kereta elektrik itu, yang disumbang oleh ketekunan dan kebijaksanaan pasukan China.

Menurut beliau, Tesla bersedia untuk memperdalam kerjasama dengan China untuk mencapai lebih banyak hasil yang sama menang.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version