Home Berita MCI Urus Niaga Penyelenggaraan Kapal Terbang Berjalan Lancar di Hainan

Urus Niaga Penyelenggaraan Kapal Terbang Berjalan Lancar di Hainan

BEIJING, 29 April – Rombongan wartawan di bawah Program Kenali Hainan & Pameran Visual “China Up Close” Rakan Media ASEAN telah mengunjungi Pangkalan Penyelenggaraan Kapal Terbang yang bersifat “Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan” di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan pada Sabtu lalu.

Di sini, kapal terbang yang dihantar pelanggan dari luar negara berpeluang menikmati pelbagai perkhidmatan melibatkan alat ganti, pengubahsuaian struktur atau interior, pemeriksaan dan semburan cat. Selain bebas daripada wang jaminan, para pelanggan juga mendapat diskaun ketika membeli alat ganti untuk penyelenggaraan kapal terbang berkat pelaksanaan dasar bebas cukai di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan yang pembinaannya dipergiatkan ke arah yang semakin terbuka pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pangkalan yang mula beroperasi pada tahun 2022 tersebut mendapat sambutan baik dari syarikat penerbangan di merata dunia. Menurut statistik berkenaan bahawa di bawah kawalan Kastam China di Haikou, terdapat sebanyak 25 buah kapal terbang yang dihantar ke sini untuk menjalani penyelenggaraan pada 2023, dengan menyumbang pendapatan bernilai RMB12.39 bilion (RM8.16 bilion) yang lazimnya dikira sebagai sebahagian nilai import eksport tempatan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version