Home Berita Lain Jaringan hijau jadi ‘tempat berteduh’ di lampu isyarat

Jaringan hijau jadi ‘tempat berteduh’ di lampu isyarat

CHENNAI – Jabatan Kerja Awam Puducherry (PWD) telah mencipta penyelesaian yang inovatif untuk menangani kesan gelombang haba ketika suhu di beberapa bahagian di India merekodkan peningkatan maksimum.

PWD tampil dengan idea memasang jaringan hijau di kawasan lampu isyarat, sekali gus memberi kelegaan kepada pengguna jalan raya yang terpaksa menunggu di bawah panas terik mentari.

Seorang pengguna di platform X berkongsi video inisiatif tersebut dan memuji pihak berkuasa atas usaha mereka.

Menerusi klip itu, pengguna yang menunggang motosikal dilihat ‘berteduh’ di bawah jaringan hijau tersebut.

Susulan itu, rata-rata warganet menggesa pihak berkuasa tempatan di bandar lain mengambil langkah serupa.

“Tahniah kepada pentadbiran Puducherry, harap ramai pemimpin dan pentadbir dapat inspirasi,” ujar satu komentar.

Gelombang haba ekstrem melanda sebahagian besar di Tamil Nadu dengan banyak tempat mencatatkan suhu antara 38 sehingga 42.5 darjah Celsius ketika negara itu terkesan fenomena El Nino. 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version