Home Berita MCI Pesawat ringan terhempas di Sungkai, 2 mangsa selamat

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, 2 mangsa selamat

IPOH, 4 Mei — Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. 

“Ya, pesawat latihan, penumpang terlibat selamat.

“Kejadian berlaku pada 9.55 pagi dengan dua mangsa terlibat iaitu lelaki dan wanita telah dihantar ke Hospital Slim River,” katanya. 

Beliau berkata setakat ini jenis pesawat belum dapat dipastikan. 

Terdahulu video kejadian tersebut tular di aplikasi WhatsApp. 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version