Home Berita Lain Arsenal kekalkan tekanan ke atas Manchester City selepas kalahkan Bournemouth

Arsenal kekalkan tekanan ke atas Manchester City selepas kalahkan Bournemouth

LONDON, 4 Mei — Arsenal yang hanya tinggal dua lagi perlawanan berpotensi untuk merangkul gelaran Juara Liga Premier pertama mereka dalam tempoh dua dekad selepas menewaskan Bournemouth di Stadium Emirates, lapor agensi berita Jerman (dpa). 

Satu penalti daripada Bukayo Saka dan sumbangan gol pada babak kedua menerusi penyerang   Leandro Trossard dan Declan Rice membawa kemenangan 3-0 yang memastikan mereka berada di puncak liga selepas aksi hujung minggu.

Bagaimanapun nasib Arsenal untuk bergelar juara masih belum dapat dipastikan kerana juara bertahan Manchester City mempunyai satu lagi perlawanan tetapi apa yang anak buah Mikel Arteta boleh melakukan ialah memenangi baki perlawanan mereka menghadapi Manchester United dan Everton pada hari terakhir.

Dengan berada di tempat teratas, Arsenal menunggu hingga percubaan ke-16 mereka untuk memecah kebuntuan apabila Saka menyempurnakan sepakannya dari jarak 12 meter selepas Kai Havertz dikasari.

Gol sepakan Trossard memastikan mata penuh diperoleh biarpun Bournemouth merasa sedih kerana dinafikan satu gol lewat selepas Dominic Solanke didakwa mengasari penjaga gawang David Raya. 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version