Home Berita Lain Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung, Cadangan Dibentang Pada Kabinet

Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung, Cadangan Dibentang Pada Kabinet

BUKIT MERTAJAM, 5 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung bagi mengetahui secara langsung masalah yang dihadapi di kampung berkenaan.

Berucap pada Majlis Kenduri Rakyat Aidilfitri Perpaduan di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam hari ini, beliau berkata cadangan itu akan turut melibatkan Ahli Jemaah Menteri, pimpinan tertinggi kerajaan dan syarikat berkaitaan kerajaan.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata cadangan tersebut akan dibentangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.

“Ia akan dimulakan di Cherok Tok Kun. Anwar Ibrahim akan jaga Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam. Bagaimana saya jaga..saya akan panggil semua wakil masyarakat di kampung itu dan dia kena bagi tahu semua masalah yang ada di situ.

“(Contoh beritahu) ada yang menggangur, ada yang tercicir, miskin tegar, ada yang rumah dia robek, kemudian ada masalah dadah, masalah jenayah, perlukan TVET (Latihan Teknikal dan Vokasional) dan semua itu dibincang oleh orang kampung dan beritahu secara langsung kepada orang yang bertanggungjawab,” katanya.

Anwar menyifatkan cadangan tersebut merupakan cara terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di kampung selain pegawai daerah dan kerajaan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Beliau yakin cadangan pertama kali itu akan memudahkan penyelarasan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama ketua atau wakil kampung.

Menurutnya cadangan setiap pemimpin menjaga satu kampung itu juga akan membuahkan hasil kerana ia akan melibatkan semua menteri, pimpinan tertinggi kerajaan dan syarikat berkaitaan kerajaan yang secara langsung mendengar masalah yang dihadapi masyarakat kampung di bawaH tanggungjawabnya.

“Kalau kita ada KSN (Ketua Setiausaha Negara), setiausaha kerajaan negeri, semua ini kalau kita kumpul semua ini ada 2,000 orang yang jawatan-jawatan tinggi dan kemudian kita jemput pula syarikat-syarikat.

“Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, pengarah eksekutif Petronas. Dia jaga kampung dia. Dia pergi situ bukan sebagai Tan Sri, dia pergi sebagai anak kampung dengar masalah orang kampung. Jadi, dia nanti cuba selesaikan, lebih senang,” katanya.

“Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, pengarah eksekutif Petronas. Dia jaga kampung dia. Dia pergi situ bukan sebagai Tan Sri, dia pergi sebagai anak kampung dengar masalah orang kampung. Jadi, dia nanti cuba selesaikan, lebih senang,” katanya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version