Home Berita Lain Golongan Belia China, Perancis Bincang Modenisasi Ala China

Golongan Belia China, Perancis Bincang Modenisasi Ala China

PARIS, 6 Mei – Sempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Perancis, dialog belia China dan Perancis “Memahami Modenisasi Ala China” diadakan di sini, pada Ahad.

Dialog itu dihoskan bersama oleh China Media Group (CMG), Sciencpo Alumni Association, United Nations Intercollegiate Committee di Paris dan Jinan University of China.

Presiden CMG Shen Haixiong, mantan Menteri Urusan Negara, Menteri Kebudayaan dan Menteri Pendidikan Perancis Jack Lang dan mantan Duta Besar Perancis ke China Sylvie Bermann, menghadiri dialog itu.

“Saya tiba di Paris dengan menaiki pesawat khas Presiden Xi Jinping satu jam yang lalu. Kami melihat ramai orang berada di tepi jalan untuk menyambut kedatangan Xi di sepanjang laluan dari lapangan terbang ke pusat bandar.

“Bukan sahaja orang Cina di Perancis, tetapi juga ramai penduduk tempatan secara spontan mengalu-alukan kunjungan Presiden Xi dan di wajah mereka dapat dilihat keceriaan dan kegembiraan,” kata Shen ketika berucap merasmikan dialog itu.

Beliau berkata sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara China dan Perancis 60 tahun lepas, kedua-dua negara telah mencapai hasil cemerlang dalam kerjasama yang saling menghormati dan saling menguntungkan.

“Sejak awal tahun ini, utusan budaya belia dari Perancis telah mengambil bahagian dalam aktiviti kaji selidik ‘modenisasi ala China’ anjuran CMG dan melihat apa yang berlaku di China dengan mata sendiri.

“Mereka mendapati bahawa modenisasi ala China berakar umbi dalam budaya tradisional China yang gemilang, sementara berinovasi dan berkembang sehingga menjadi penggerak kuat bagi bangsa China untuk membina tamadun moden berdasarkan sejarah yang panjang.

“Modenisasi ala China bukan hanya dimiliki China, ia juga dimiliki seluruh dunia,” kata Shen.

Hampir 100 peserta termasuk dalam kalangan politik, budaya, seni, media dan akademik China dan Perancis menghadiri dialog itu.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version