Home Berita Lain Sekolah Dwibahasa Rapatkan Rasa Persahabatan Rakykat China, Hungary

Sekolah Dwibahasa Rapatkan Rasa Persahabatan Rakykat China, Hungary

BEIJING, 6 Mei – Sekolah Dwibahasa Hungary-Mandarin di Budapest merupakan satu-satunya sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa tempatan dan Mandarin di kawasan Eropah Tengah dan Eropah Timur. 

Ketika ditubuhkan pada Sept 2004, sekolah itu hanya mempunyai 87 pelajar dari empat tingkatan. Setelah diperluas pada 2016, sekolah itu sekarang mempunyai 20 kelas dari 12 tingkatan dengan jumlah pelajar melebihi 530 orang.

Sekolah itu menyaksikan hubungan persahabatan yang erat antara Hungary dengan China dan menjadi miniatur pertukaran kebudayaan dan kemanusiaan antara kedua-dua negara.

Pada Okt 2009, Xi Jinping yang menyandang jawatan Naib Presiden China pada ketika itu, mengadakan kunjungan ke sekolah itu dan sempat menonton pendeklamasian sajak dan pertunjukan Wusyu tradisional China yang disembahkan oleh pelajar sekolah itu.

Xi menyatakan bahawa rakyat dari kedua-dua negara perlu meningkatkan pertukaran kebudayaan untuk menambah persefahaman, manakala pelajar adalah harapan bagi hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara pada masa akan datang.

Menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2023, dua pelajar dari sekolah itu, Varga Bonita dan Imre Tamara Lili mewakili semua pelajar sekolah itu mengirim surat kepada Presiden Xi Jinping dan isterihnya Prof. Peng Liyuan. Mereka menceritakan pengalaman mempelajari bahasa Mandarin di samping menzahirkan hasrat untuk melanjutkan pengajian peringkat tinggi di China.

Xi dalam surat balasnya mengatakan, beliau dan isterinya amat gembira menerima surat itu menjelang TBC. Beliau masih ingat lawatannya ke sekolah berkenaan pada 2009. Xi memuji pelajar di sekolah itu yang tekun mempelajari bahasa Mandarin dan berazam memberikan sumbangan untuk merapatkan hubungan persahabatan kedua-dua negara.

Pada Sept 2023, Bonita dan Lili diterima oleh Universiti Perguruan Beijing untuk mempelajari sejarah dan budaya China.

Pengetua Sekolah Dwibahasa Hungary-Mandarin, Zsuzsanna Erderlyi berkata, sebanyak 10 pelajar akan ke China untuk melanjutkan pengajian peringkat tinggi pada tahun ini. 

“Saya berharap mereka akan mencapai kecemerlangan dalam pengajian dan menggunakan bahasa Mandarin yang dikuasai untuk bekerja dalam pelbagai bidang pada masa hadapan,” kata beliau.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version